PEMBANGUNAN UNDANG-UNDANG PENYIARAN DI INDONESIA

Harmonis Harmonis

Abstract


Abstrak

Pembangunan Undang-undang penyiaran merupakan bahagian dari pembangunan yang dilakukan oleh sesebuah negara di dunia, sama ada ia dilakukan oleh Negara-negara bekas penjajah, seperti Inggris dan Jepun, yang merdeka setelah Perang Dunia Kedua, seperti Indonesia dan Malaysia, mahupun yang berada di kawasan Asia dan Afrika, seperti India dan Afrika Selatan. Indonesia dalam hal ini, terutamanya yang berkenaan dengan penyiaran televisyen, walaupun sudah menumbuhkan penyiaran televisyen melalui Surat Keputusan Menteri Penerangan Nomor 20/SK/M/1961, namun pembangunan yang wujud dalam bentuk Undang-undang, iaitu Undang-undang penyiaran, baru terbukti dipenghujung kekuasaan Orde Baru (Orba) dan pada masa awal reformasi, UU No. 24 Tahun 1997 dan UU No. 32 Tahun 2002. Dari dua UU yang wujud yang relative baru dilaksanakan adalah UU No. 32 Tahun 2002. Manakala UU No. 24 Tahun 1997 tidak dilaksanakan, kerana Peraturan Pemerintah (PP) yang berjumlah 25 PP, plus 2 Keputusan Menteri (Kepmen) sebagai petunjuk pelaksana dari UU tidak pernah diterbitkan oleh kerajaan. Sebelum kedua UU penyiaran wujud, penyiaran di Indonesia ditadbir dengan Keputusan Presiden (Kepres), seperti pada awal kelahirannya, iaitu Kepres No. 215 Tahun 1963. Selebihnya, penyiaran televisyen lebih banyak ditadbir melalui Keputusan Menteri Penerangan, sama ada melalui Kepmen No. 54 Tahun 1971, No. 111/1990, mahupun Kepmen-kepmen setelahnya. Bahkan ada juga yang ditadbir dengan Surat Keputusan Yayasan dan Direktur Televisi. Matlamat kajian adalah untuk mengenal pasti tentang proses pembangunan peraturan perundang-undangan dibidang penyiaran di Indonesia, sama ada sebelum mahupun setelah ditubuhkan undang-undang yang secara khas mengurus soalan-soalan yang berhubungkait dengan penyiaran. Uraian lebih terperinci tentang semenjak bila pembangunan perundang-undangan yang berhubungkait dengan penyiaran diazaskan dan wujud dari peraturan perundang-undangan tersebut akan dibentangkan dipersidangan nantinya. 

 

Kata kunci: pembangunan, undang-undang penyiaran, komunikasi


Full Text:

PDF

References


Daftar Pustaka

Asiah Sarji. 1991. Penyiaran dan Masyarakat; isu-isu perutusan di Malaysia, arah dan masalah. Satu kumpulan esei. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asiah Sarji. 1996. Pengaruh persekitaran politik dan sosio-budaya terhadap pembangunan radio Malaysia di antara tahun 1920-1959. Disertasi Doktor Falsafah. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Asiah Sarji. 1999. Mengkaji sejarah penyiaran; Pendekatan sejarah dan analisis isi kandungan, Dalam Syed Arabi Idid (pnyt) Analisis Kandungan . hal 11-33. Jabatan Komunikasi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Deppen, Dirjen RTF RI. 1995. Radio, Televisyen dan Filem dalam era 50 Tahun Indonesia Merdeka. Jakarta. Humas Deppen RI.

Dennis, Everette E. et al (Terjemahan Md. Salleh Kassim). 1994. Isu-isu Komunikasi Massa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edmon Makarim. 2005. Himpunan Peraturan Perundang-undangan Telematika. Jakarta . PT. Raja Grafindo Persada.

Gunaratne, Shelton A. (ed). 2000. Handbook of the Media in Asia. New Delhi. Sage Publication.

Hinca Panjaitan. 1999. Memasung Televisi. Jakarta. Institut Studi Arus Informasi.

Hinca Panjaitan dan Amir Efendi Siregar (ed). 2003. Membangun Sistem Penyiaran Yang Demokratis di Indonesia. Jakarta. Warta Global Indonesia.

Howell, W., J. 1986. World Broadcasting In The Age of The Satellite; Comparative system, policies and issues in mass telecommunication. Norwood, New Jersey: Ablex Publishing Corporation.

Ishadi, SK. Temubual, Tarikh 22 May 2008. Jakarta.

Kitley, Philip. 2000. Television, nation, and culture in Indonesia. Ohio University Center For International studies.

Kepmen Nomor 54/B/KEP/ MENPEN/ 1971 tentang Penyelenggaraan Siaran Televisyen di Indonesia.

KPI Pusat. 2006. Laporan Komisi Penyiaran Indonesia Pusat Tahun 2003 – 2006. Jakarta KPI Pusat.

McQuail, Dennis D. 2000. Mass Communication Theory, 4th edition. London. Sage Publication

Muhammad Mufid. 2005. Komunikasi dan Regulasi Penyiaran. Jakarta. UIN Press.

Pember, Don R. 1981. Mass Media Law. IOWA. WM C. Brown Company Publishers.

Sasa Djuarsa Sendjaja. Pengurusi Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) Pusat. Temubual. 21 May 2008. Jakarta.

Sen, Krishna and Hill, David T. (Terjemahan Sirkit Syah). 2001. Media, Budaya dan Politik di Indonesia. Jakarta. ISAI dan Media Lintas Inti Nusantara.

Siebert, F., S. Peterson, T. & Schramm, W. 1956. Four Theories of The Press. Urbana: University of Illinois Press.

Surat Ijin Prinsip Departemen Penerangan cq. Direktur Televisyen/Direktur Yayasan TVRI Nomor 557/Dir/TV/1987 tentang Siaran Saluran Terhad (SST) Rajawali Citra Televisyen (RCTI).

Syamsul Mu’arif. Mantan Menteri Negara Komunikasi dan Informasi. Temubual. Tarik 13 Jun 2008.

Taufiqurrahman. Republika. 20 Mac 2005.

Thomas, A., O. 2005. Image Nations and Borderless Televisions; Media, Culture and Politics Across Asia. New Delhi: Sage Publications India Pvt. Ltd.

UU 1945, khusus Pasal 5 ayat (1), Pasal 28, Pasal 31 ayat (1), Pasal 32, Pasal 33 dan Pasal 36. UU Penyiaran merupakan pelaksanaan dari UUD 1945, khususnya amanat bidang kebebasan bersyarikat dan berkumpul serta mengeluarkan pikiran, pendidikan, kebudayaan, ekonomi & bahasa.

Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 24 Tahun 1997 tentang Penyiaran

Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 32 Tahun 2002 tentang Penyiaran

Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 40 Tahun 1999 tentang Pers

Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 36 Tahun 1999 tentang Telekomunikasi

Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 8 Tahun 1990 tentang Filem

Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 24 Tahun 1997 tentang Penyiaran

Undang-undang Republik Indonesia Nomor 5 tahun 1999 tentang Larangan Praktek

Monopoli dan Persaingan Usaha Tidak Sehat.

Undang-undang Republik Indonesia Nomor 8 tahun 1999 tentang Perlindungan Konsumen.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


View My Stats